Belajar Asas

Belajar asas mengenai Blog menggunakan Blogger.com perkhidmatan blog percuma di internet.

Asas Blog guna blogspot - 1.3 Bagaimana memilih platform blog yang sesuai digunakan?

Platform blog merupakan perisian yang digunakan untuk menyiarkan artikel blog anda di internet. Anda mempunyai banyak pilihan, perisian apa yang sesuai digunakan. Di internet terdapat pelbagai platform yang boleh didapati samaada secara percuma atau berbayar. Terdapat blog untuk individu dan blog yang dibina untuk dikongsi oleh sebuah kumplan. Yang mana bersesuaian dengan anda?

Terdapat platform blog yang percuma dan berbayar. Platform percuma adalah seperti Blogger.com dan Wordpress.com. Manakala platform berbayar adalah seperti Typepad.com

Jika anda tidak pasti platform blog yang ingin digunakan, cuba dulu guna platform blogger.com atau wordpress.com. Platform ini adalah paling mudah (user friendly) digunakan dan percuma.

Berikut adalah panduan video untuk menggunakan Blogger.com dan Wordpress.com.

1. Panduan video daripada Google cara menggunakan Blogger.com di http://www.youtube.com/watch?v=bU4gXHkejMo





2. Panduan video daripada Chris Pearson cara menggunakan Wordpress.com di http://www.youtube.com/watch?v=jZULGg9kfCo




0 comments:

Dapatkan maklumat terkini di Blog ini. Masukkan e-mel anda :

Mengenai Belajar Asas



Belajar Asas
memperkenalkan asas-asas blog menggunakan platform yang paling mudah.

Semua platform yang diperkenalkan boleh didapati secara percuma di internet.

Mantapkan Asas, Puaskan Hati dan Buat yang Terbaik.

Statistik

Bilangan Pelawat :