Belajar Asas

Belajar asas mengenai Blog menggunakan Blogger.com perkhidmatan blog percuma di internet.

Asas Blog guna blogspot - 2.0 Daftar e-mail di http://gmail.com

Membina blog sendiri pada mulanya nampak seperti susah. Tetapi jika anda mahir menggunakan e-mel, anda juga boleh menggunakan blog. Di sini penerangan langkah demi langkah bagaimana membina blog menggunakan Blogger atau blogspot akan diterangkan. Untuk melihat contoh blog anda boleh lihat di sini http://belajarasas.blogspot.com

Jom, mari kita mulakan.

Daftar e-mail di http://gmail.com
Gmail merupakan akaun e-mail yang disediakan oleh Google. Pastikan anda mendaftar gmail sebelum membina blog.

1. Buka browser anda.

2. Pergi ke http://gmail.com



3. Klik pada 'Create an account'

4. Masukkan maklumat yang berkaitan.



5. Selepas maklumat telah dimasukkan. Klik pada I accept. Create my account.

6. Anda akan di bawa terus ke Intro Page.

7. Klik pada 'Show Me My Account'

8. Gmail - Inbox akan dipaparkan.



9. Akaun gmail anda telah berjaya didaftar.

10. Penggunaan Gmail sama seperti email-email lain seperti yahoo. Memiliki Inbox, Sent Mail dan pencegahan SPAM.

Dapatkan maklumat terkini di Blog ini. Masukkan e-mel anda :

Mengenai Belajar Asas



Belajar Asas
memperkenalkan asas-asas blog menggunakan platform yang paling mudah.

Semua platform yang diperkenalkan boleh didapati secara percuma di internet.

Mantapkan Asas, Puaskan Hati dan Buat yang Terbaik.

Statistik

Bilangan Pelawat :